Saturday, 30 April 2011

Apa yang anda tahu tentang Emas?

Untuk pembaca yangg baru ingin mengenali atau berjinak-jinak dalam dunia emas, disini saya ingin menerangkan serba sedikit asas berkenaan emas.. kenapa saya memilih menyimpan emas bukan wang tunai..

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
  1.  Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
  2.  Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
  3.  Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
  4.  Aset yang terunggul
  5.  Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan

Sekarang kita kupas lebih lanjut macam mana ingin bermula.. sebelum itu, saya ingin menerangkan terdapat 2 cara membuat pelaburan EMAS di Malaysia iaitu:
 1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas, jongkong emas, barang kemas)
 2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank, Public bank)

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%).
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
  1.  Maybank - Syiling Kijang Emas
  2.  UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
  3.  Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
  4.  Public Dinar – Dinar emas
  5.  Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
  6.  Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
 So, institusi mana yg terbaik utk membeli emas fizikal ye? Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, sekiranya anda membeli emas dari bank atau kedai emas, jika EMAS anda rosak, terguris, calar, bengkok, terbuka sampul atau yang sama waktu degannya, institusi ini TIDAK akan membeli semula emas anda.. jadi institusi mana yang patut kita pilih? Jawapan saya ialah PUBLIC FINE GOLD..ok, kenapa saya memilih institusi ini, adakah kerana saya seorang dealer public gold? Ini bukan soal saya dealer atau kerana keuntungan komisen, tetapi ini persoalan institusi mana yang boleh menerima semula emas kita seandainya emas kita calar, bengkok, terguris dan sebagainya. Di sini,anda tidak perlu lagi risau kerana Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahnnu.
Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di peti simpanan khas di bank seperti yang ditawar oleh RHB.
Jika anda membeli emas fizikal daripada saya, saya akan membongkarkan kepada anda teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang maksimum. Anda juga akan diletakkan dalam senarai pendek klien saya di mana hanya mereka sahaja akan mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran emas yang saya kumpulkan untuk mereka.
Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan anda tidak perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti daripada luar. Banyak maklumat di luar sana adalah "misleading" dan boleh menyebabkan anda rugi besar.
Disebabkan komitmen tersebut,Saya hanya menawarkan perkhidmatan ini kepada sejumlah klien yang kecil sahaja. Ini bertujuan memberi saya peluang sepenuhnya untuk memberi servis yang terbaik kepada klien saya, Jika kuota saya sudah penuh, saya terpaksa menolak klien baru yang datang kepada saya.
Anda juga akan mempelajari teknik-teknik perlaburan emas dan jika anda amalkan,ia akan mendapat keuntungan 30%,40% bahkan 60% pelaburan emas anda.
Ok saya rasa cukup smpai disini saya berkongsi ilmu tentang emas, di lain hari saya akan menerangkan tentang rahsia bagaimana menjana keuntungan dengan emas setiap hari, minggu, bulan dan tahun.. Teruskan mengikuti blog saya ini untuk melihat post-post terkini dan harga emas semasa.

http://www.barakahemas999.com/

No comments:

Post a Comment