Tuesday, 10 May 2011

GUNAKAN KEBIJAKSANAAN ANDA BILA BELI EMAS

Salam,

Kalau nak beli dan simpan emas jenis apakah yang terbaik?
Adakah Barang Kemas atau Dinar Emas atau Syilling Emas atau Emas Jongkong atau lebih selamat melabur melalui akaun simpanan emas kat Bank? Apa faktor yang perlu di ambil kira?

Antara faktor yang perlu anda pertimbangkan dengan bijak apabila telah bersedia untuk membeli emas adalah seperti berikut :-

1. Beli emas fizikal (Physical Gold)
Anda boleh beli apa sahaja jenis emas yang ada di pasaran . Barang kemas., Dinar  Emas, Syilling Emas, Jongkong Emas dengan syarat ianya mesti emas fizikal. Maksudnya kita bayar wang kita dapat fizikal emas tersebut ditangan. Dengan cara ini anda adalah pemilik emas sebenar dan bukannya bank.. Kita bebas untuk buat apa sahaja dengannya dan tidak ditentukan oleh Bank.Sbb tu saya tak galakkan kita melabur melalui akaun simpanan emas di Bank kerana kita tak nampak pun emas.
Kita boleh pegang selama mana yang kita mahu atau pajakkan kepada Arrahnu untuk dapat cash segera di tangan dengan bayar upah simpan yang murah dan mampu kita bayar.Sentiasa ingat harga emas sentiasa naik pada masa panjang.
Gunakan kebijaksanaan kita. Always bear in mind! Kita beli emas bukan untuk dijual. Emas adalah aset perlindungan terhadap harta dan wang kertas kita dalam berhadapan inflasi. Kalau sesak sangat nak pakai wang gadaikan  sahaja di Ar Rahnu. Ada duit tebus balik kerana harga tebus lebih murah.
Jika banyak stok, kita sendiri boleh uruskan wang kita tanpa bergantung kepada sistem pinjaman kapitalis yang di amalkan oleh bank  saudagar kat luar sana, 
Jangan takut emas kita hilang kerana walaupun anda ada  1 kilo emas yang bernilai RM166,000  di pasaran pada hari ini , emas 1 kilo tu sbnarnya hanya sebesar hanphone anda saja . Ia boleh disimpan  selamat dalam kocek seluar anda saja dan tiada siapapun yang tahu kalau anda tak bagitau.
Kalau sebelum ini kita sering di manipulasi oleh bank dgn mcm2 hidden payment , kini kita pulak manipulasi duit Bank untuk tambah stok emas kita melalui kaedah Ar Rahnu.

2. Beli emas yang punya purity atau ketulenan 999 (24K)
Seeloknya jika nak beli emas cari emas yang berketulenan 999(24K) atau orang Kelantan panggil emas 10. Ia punya nilai tinggi di pasaran berbanding emas 916 (22K). Saya cadangkan emas Syarikat Goldcrest Pavillion (GCP) kerana harganya yang agak murah berbanding syarikat lain. Syarikat ini juga mengeluarkan Barang Kemas, Dinar Emas dan Jongkong Emas dengan ketulenan 999 (24K).Anda juga berpeluang untuk dapat harga murah (diskaun 8%) jika jadi pengedar Syarikat. Bermakna selain menyimpan emas anda juga boleh jadi peniaga emas dengan modal serendah RM600.













 

3. Elakkan beli atau jual emas dengan Kedai Emas.
Elakkan manipulasi  kedai emas kerana harga jualan yang di tetapkan oleh Persatuan Peniaga Emas M'sia (FGAM) untuk Kedai Emas seluruh Malaysia iaitu RM166 segm adalah mahal. Kita boleh dapat harga yang murah dengan membuat belian terus dengan syarikat yang mengeluarkan emas milik mereka sendiri seperti GCP.Cukuplah mak ayah kita di perdaya oleh Tokey2 kedai emas selama ini yang menawarkan harga  kos beli balik emas + workmanship hingga 20-30%.




4. Pastikan emas yang dibeli ada sijil (Certificate)
Sebenarnya nilai emas tidak ditentukan oleh certificate atau sijilnya kerana emas tetap emas tak kiralah apa jenamanya.Samada Jongkong Emas Palm Suisse keluaran Switzerland , Syiling Gold Maple Leaf keluaran Canada yang diiktiraf Antarabangsa ataupun Jongkong Emas Cap Ayam keluaran mana2 negara sekalipun, Emas tetap emas dan nilainya ditentukan oleh puritynya dan ianya bernilai merentasi sempadan dan benua.Kita boleh lihat contoh pelarian Kemboja lari ke Msia bwk emas utk mulakan hidup baru.
Bagaimanapun kerana kita berada di Malaysia di mana menjadi syarat Ar Rahnu hanya menerima emas yang ada sijil bagi tujuan pajak, maka pastikan bila anda beli emas ianya datang dengan certificate atau sijil.




5. Pastikan sekurang-kurangnya 5% aset anda adalah dalam bentuk fizikal emas.
Contohi masyarakat di China. Sekurang2nya 5% aset mereka dalam bentuk emas. Kita di Malaysia kalau boleh 50% aset adalah emas lagi bagus. Ianya kerana harga emas sentiasa naik dalam jangkamasa panjang manakala wang kertas Ringgit yang kita simpan sentiasa merosot nilainya dalam  jangkamasa panjang. Dengan kenaikan harga emas purata 20% setiap tahun, ianya  lebih tinggi dari mana2 dividen yang di bayar oleh Institusi Kewangan di negara ini termasuk ASB. Dan emas sangat mudah untuk dicairkan kepada tunai.


6. Beli emas dengan berat yang kecil
Jika anda baru nak beli emas, elakkan beli emas dalam berat yang besar seperti 50gm, 100gm, 250gm, 500gm atau 1kg.(1000gm) .Ianya akan menyusahkan kita sekiranya kita berhasrat nak pajak di Ar Rahnu.
Sebaiknya beli dalam bentuk 1 Dinar (4.25gm emas) ataupun emas dengan berat 10gm dan 20gm.
Contohnya Kalau berhasrat nak beli emas 100gm, beli dalam bentuk 10gm @ 10eping ataupun 20gm @ 5 keping. Ianya lebih mudah bila kita buat pajak di Ar Rahnu kerana kita boleh tebus dan keluarkannya satu- persatu bila ada duit berbanding jika kita pajak emas 100gm yang memerlukan wang yang banyak sekaligus untuk tebus emas yang kita pajak.
Dari segi berat walau kecil tetap sama 100gm kan?





7. Simpan dan beli emas sekurang-kurangnya 1 Dinar sebulan
Tak perlu modal besar untuk mula beli emas. Mulakan dengan belian 1 Dinar (4.25gm emas). Harga hari ini baru dalam RM650+-. Skg ni dah ada Dinar 999. Ada duit tambah stok sikit2. Kalau boleh beli 1 Dinar setiap bulan lagi bagus. Lepas ni tukarkan wang simpanan anak2 anda kepada Dinar. Duit RM650 kalau simpan akan merosot nilainya. Manakala Dinar emas semakin lama semakin mahal harganya.


8. Sandarkan setiap pembelian yang anda buat dengan emas  
Sebelum kita buat apa-apa pembelian barang yang bersifat susut dari segi nilai seperit beli kereta, motor, handphone, perabot rumah dsbnya ataupun perbelanjaan hangus seperti renovation rumah, belanja perkahwinan, bayar saman trafik dll sandarkan dahulu pembelian kita kepada sesuatu yang meningkat nilainya dalam jangkamasa panjang iaitu emas.
Contoh:
Katalah anda ada RM15K ditangan. Anda berhajat beli motor bernilai RM7K. Kita tahu pembelian tersebut di buat keatas barang yang akan susut dari segi nilai kerana motor tersebut akan jatuh harga selepas sebulan anda gunakan.
Cara yang bijak adalah anda gunakan cash RM10K dengan beli emas dulu. Kemudian pajakkan emas tadi di Ar Rahnu Agro Bank. Anda akan dapat cash segera RM7K (70% dari nilai emas anda). Baru gunakan duit pajak tersebut untuk beli motor. 
Kini anda bukan shj dapat motor tapi punya emas bernilai RM10K yang dipajak di Bank.Anda cuma perlu bayar upah simpan je. Emas anda tadi akan berlaku kenaikan harga . 
Katalah harga emas naik 20% setahun. 5 tahun dah jadi 100%.Dari segi nilai dah jadi 20K. Kalau nak tebus anda cuma perlu bayar 7K je. Last2 anda beli motor tadi percuma je.
Tu yang saya maksudkan sandarkan pembelian barangan susut nilai kepada barangan yang meningkat dari segi nilai dengan cara manipulasi duit bank. Mesti sntiasa bijak dalam tindakan.


9.Mesti jelas dan faham tujuan anda simpan dan beli emas.
Ingat kita beli emas bukan untuk dijual semula. Emas adalah perlindungan terbaik terhadap aset dan wang kertas kita yang merosot dari segi nilainya kerana di makan inflasi.Kalaupun kita berhadapan dengan masalah kewangan jangan jual emas milik kita sebaliknya pajak saja di Ar Rahnu untuk dapatkan tunai segera. Bila ada duit tebus balik.
Emas kalis inflasi. Harga emas tidak dipengaruhi oleh ketidakstabilan ekonomi atau politik sesebuah negara. Nilainya tidak akan terjejas walau negara tersebut di istiharkan bangkrap oleh Bank Dunia. Tidak ada sebarang Kerajaan atau pemerintah termasuk Raja di dunia yang boleh tentukan harga emas. Ianya diterima diseluruh dunia merentasi sempadan negara dan benua. Harga emas 999 di Malaysia, Arab Saudi, Amerika Syrikat, India, China dan diseluruh dunia adalah sama dari segi nilainya dan ia akan bergerak naik serta semakin mahal tahun ke tahun. 
Emas semakin lama anda simpan semakin mahal harganya. Dari itu simpan dan hargai emas yang anda miliki.

10. Kelentong puak Kapitalis Barat 
Cukuplah kita di tipu oleh puak kapitalis Barat & Yahudi yang memperkenalkan sistem matawang kertas untuk menipu Umat Islam di seluruh dunia.
Dalam kita bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga , mereka pula dengan mudah mencetak wang kertas Dollar mereka dan memperbodohkan kita dengan melambakkanya di pasaran modal untuk membayar kita. 
Seluruh Dunia termasuk tok nenek dan mak ayah kita di tipu hidup2 untuk mempercayai bahawa duit kertas yang kita gunakan sekarang ni bernilai padahal ia hanyalah sekeping kertas kosong yang di cetak nilai ke atasnya.
Umat Islam akan lebih kaya raya sekiranya kita menggunakan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai matawang kerana puak2 ini tak punya sebarang peluang untuk menipu kita sebenarnya pada masa hadapan.

11. Dinar dan Dirham adalah Wang Sunnah
Emas Dinar dan Dirham perak sudah kita sedia maklum mempunyai nilai yang tersendiri..sejak dizaman rasulullah lg mata wang dinar dan dirham digunakan dan nilainya sehingga kini masih tetap sama walaupun sudah menjangkau lebih 1400 tahun..
Banyak dalil-dalil sahih dari al-Quran dn Al-Hadis menjelaskn tentg dinar dan dirham,.antaranya,
“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”. (Surah Ali Imran : 75)

“Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja…” (Surah Yusuf:20)

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.” (Hadis)

Berdasarkan dalil-dalil diatas, kita dapat simpulkan bahawa,
Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.

Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

12. Selamat datang ke dunia Muamalat sebenar- Tiada tipudaya, tiada Riba'. Anda 
      sendiri jadi Bankers
Emas makin lama anda simpan makin mahal harganya. 15 tahun dulu harga emas 1gm baru RM28.00. Skg tahun 2011 harga emas 1gm RM166.00.
Tahu tak kenapa saya nasihatkan anda agar beli emas dalam saiz yang kecil? 
jawapannya agar ianya mudah ditebus apabila anda pajakkan di arahnu. Saya tunjukkan contoh bagaimana saya pajak emas 10gm saya.

Saya beli emas 10gm kat GCP. Harga masa tu lebih kurang RM155segm atau RM1,550. Murah kalau kat kedai emas biasa RM166 segm.

Saya pun pajak emas tsbt kat Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor. Ada byk tmpat Ar-Rahniu ni. Contohnya : Bank Rakyat, Agro Bank, YAPEIM, Pendek kata mana yang anda mudah.


Bila pajak KPMJ nilai emas saya RM161.00 segm (dipanggil nilai marhun), Bermakna RM1,610 utk 10gm. Saya dapat pinjaman tunai segera 70% dari nilai marhun td . Cash money terus RM1,050.00. Byr upah simpan RM11.18 je sebulan. Murah tak?


Tempoh pinjaman adalah 6bulan + 2bulan + 2bulan. Bermakna saya ada 10 bulan untuk tebus emas sy semula. Sementara tu harga emas terus meningkat.Upah simpan tadi tak perlu byr pun. Lpas 6 bulan pertama esok baru byr.

Bila dah ada duit saya tebus balik emas saya. Walau dah naik harga tapi sy cuma perlu byr RM1,050.00  iaitu pinjaman yang saya dpt terdahulu dgn byrn upah simpan.
Mudah kan.
Itu 10gm. Kalau anda ada 1kg (1,000gm). Anda boleh rancang perbelanjan keluarga anda dengan mudah. Nak kahwinkan anak. Nak beli kereta, Nak hantar anak belajar ,Nak beli kereta baru dll. Sandarkan semua perbelanjaan tadi dengan emas dulu. Kemudian baru belanja. Pendek kata anda dah tak perlukan duit Bank lagi untuk biaya perbelanjaan anda . Gunakan skim pajak gadai Islam Ar Rahnu yang lebih adil.

Bagusnya kalau dia dalam bentuk yang kecil anda mudah nak tebus. Katalah anda ada 100gm (10gm ada 10 keping) . Bila anda pajak buat 10 surat pajak Agar mudah kerana anda boleh keluarkan ia satu-satu dari pajak.

Ok apa implikasinya kalau anda beli emas dalam berat yang bersar. Contohnya 100gm.
Harga sekitar RM155.00segm. Kalau 100gm nilainya RM15,500.00.Makin lama anda simpan makin tinggi harganya.
Katalah anda nak guna wang. Anda pajak kat Ar Rahnu. Saya tunjukkan contohnya.Lepas beli saya pun gi pajak kat Ar Rahnu. Kali ni saya guna kemudahan Ar Rahnu Agro Bank.

Sayapun pajak emas tersebut. Di Agro Bank mereka value emas saya RM165.80 segm. 100gm value dia RM16,800.00 (nilai marhun). Saya terus dapat cash pinjaman RM11,606.00.
Upah simpan RM124.00 sebulan. Tempoh pinjaman 6bulan +3bulan +2bulan.
Bermakna saya kena tebus dalam masa 11bulan. Kalau nak tebus saya perlu ada RM11,600.00 sekaligus.Kan payah mcm tu.


Jadi kalau nak beli emas 100gm, beli dalam bentuk 10gm sebanyak 10keping. Bila pajak buat 10 surat. Jadi lebih mudah tebus.
Mustahil simpan sikit2 boleh jadi sekilo?
Tak de benda yang mustahil dalam dunia ni. Simpanlah 1 Dinar setiap bulan. InsyaAllah ia akan jadi sekilo kerana harga emas akan terus melambung tinggi untuk jangka panjang.
Anda boleh guna kemudahan Ar Rahnu untuk tambah gm emas anda.

Dari itu selamat menyimpan emas. Ucapkan selamat tinggal kepada sistem Perbankkan penuh riba' dan tipu muslihat yang di rancang oleh puak kapitalis Yahudi untuk menipu kita selama ini.
 

1 comment:

  1. Skrang ni banyak emas fizikal palsu masuk pasaran dan kat fb..ada yg diperdaya oleh penipu ni..sebb keghairahan pd emas ramai yg tak ambil kisah mengenai ilmu pelaburan..tanpa ilmu bagaimana kita nak jadi Pelabur emas yang bijak

    ReplyDelete