LONDON (Commodity Online):
Pakar pelaburan dan komoditi Global, Mr Marc Faber berkata , matawang terbaik di dunia adalah logam Emas dan Perak. Beliau juga dipetik berkata bahawa nilai Wang Kertas US Dollars akan terus jatuh merudum sehingga kosong (langsung tiada nilai) dalam masa beberapa tahun lagi.
Minggu lepas. harga Emas melonjak tinggi , mencatat rekod baru sekitar US$1500 (RM4,350) satu auns (31.1gm).
Dalam temuramah dengan CNBC Asia pada Isnin lepas, Mr Faber penerbit laporan pelaburan terkenal yang cukup popular di seluruh Dunia ,Gloom, Boom & Doom report berkata , inilah masanya pelabur menggunakan wang mereka untuk memiliki logam Emas dan Perak kerana ianya adalah komoditi paling hangat di pasaran kerana sifatnya sebagai penyimpan nilai terbaik (store of value) yang kekal selamanya.
Mr Faber menyarankan agar golongan pelabur bertindak "' menjadikan diri mereka sendiri sebagai Bank Pusat dengan mengumpul seberapa banyak rizab emas sebagai matawang."
Faber juga berkata para pelabur hari ini sedang bertarung dengan Matawang paling buruk dalam sejarah iaitu Wang Kertas atau Fiat Money itu sendiri.
Beliau berkata kebanyakkan pelabur di seluruh Dunia hari ini memegang tidak kurang 70%-80% wang mereka dalam US Dollars dan hari ini spekulator matawang lebih berminat kepada Euro dan mempunyai persepsi negatif terhadap matawang US Dollars.
"Terlalu banyak US Dollars di cetak setiap hari dan ianya beredar di pasaran dunia hingga ramai orang hilang percaya kepadanya. Jika orang ramai boleh menjual US Dollars milik mereka dan boleh menukarnya kepada sesuatu yang mereka lebih percaya, pasti mereka akan lakukannya".
"Saya masih percaya matawang terbaik dunia adalah Emas dan Perak, tetapi pandangan ini tidak dikongsi oleh kebanyakkan orang di luar . Mereka percaya pelaburan Emas dan Perak hanya bersifat spekulatif semata-mata".Terang Mr Faber.
Me Faber juga mencadangkan agar orang ramai memiliki Emas Fizikal dalam bentuk jongkong dari aset emas lain seperti barang kemas perhiasan.Beliau juga menasihatkan mereka agar jangan memegang aset emas dan menyimpannya di Bank di Negara Amerika Syarikat kerana risiko manipulasi oleh Pihak Berkuasa Amerika sebagaimana yang dilakukan oleh mereka pada sekitar awal tahun 1930an dulu.
sumber : http://jofrimuhammad.blogspot.com/2011/04/marc-faber-dollar-to-turn-zero-invest.html
No comments:
Post a Comment