Tuesday, 10 May 2011

Ragu-ragu nak beli emas?

Kebanyakan orang jika ditanya adakah membeli emas merugikan?
Semua orang akan mengatakan tidak!!! tetapi ramai yang takut untuk membeli emas, dengan alasan takut aset mereka sukar untuk dicairkan..

Sebenarnya, lebih mudah untuk anda melindungi nilai aset dan kekayaan anda dengan cara membeli emas berbanding anda menyimpan secara tunai di bank... bukan itu sahaja, bahkan secara tidak langsung anda akan menikmati keuntungn daripada kenaikan nilai emas setiap tahun sekitar 15-30% !! ini adalah fakta !!

Saya beri anda contoh sebagai pembuka minda, sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM 10k yang anda simpan di dalam bank pada hari ini, setahun akan datang wang itu masih kekal RM 10k, itu masih ok... tapi sangat malang kerana wang RM 10k pada tahun itu tidak dapat membeli barang yang sama nilai dengan RM 10k pada hari ini..

Mengapa ini berlaku? itulah yg dinamakan inflasi.... iaitu penyusutan nilai wang!! 
situasi akan berbeza jika RM 10k itu anda belikan emas yang sama nilainya, dan anda simpan sebagai aset pelaburan CAIR... setahun akan datang nilai emas itu akan meningkat 15-30%, secara tidak anda sedari, anda telah menjana keuntungan yang 3-4 kali ganda lebih tinggi berbanding ASB... bahkan, dalam masa yang sama anda juga telah melindungi nilai harta / simpanan tunai anda.

Mudah sahaja bukan? apa yang penting hanyalah tukar cara anda berfikir, keluarkan minda dan ekonomi anda dari dibelenggu oleh sistem kapitalis yang setiap hari memerah hasil penat lelah anda dengan kenaikan kadar inflasi saban hari...

Pada posting diatas saya highlight kan perkataan aset CAIR, kenapa..? kerana masih ramai di kalangan masyarakat kita yang menyangka sekiranya mereka membeli emas, harta / wang mereka akan menjadi aset beku.. sukar untuk dicairkan kerana perlu menunggu waktu yang lama untuk menantikan kenaikan harga emas sebelum ianya boleh dijual semula... ini adalah persepsi pada 20-30 thn yg lalu, sekiranya negara dan peradaban kita semakin maju, tetapi cara berfikir kita masih berada di takuk yang lama, maka kita akan terus ketinggalan di belakang....

Justeru, perlu kreatifkan minda dan cuba "berfikir di luar kotak", barulah anda akan dapat menikmati keselesaan hidup dan kebebasan kewangan.. pada posting yang akan datang, saya akan perincikan bagaimana caranya untuk mengaut keuntungan ketika harga emas sedang menurun (Correction Price) dan bagaimana caranya menjadikan emas yang anda beli sebagai aset CAIR seterusnya menggandakan nilai aset anda....

Teruskan melayari blog ini utk tips2 dan info terkini pelaburan emas..! 



sumber : http://jofrimuhammad.blogspot.com/2011/04/marc-faber-dollar-to-turn-zero-invest.html

No comments:

Post a Comment