Tuesday, 10 May 2011

Tips : Sandarkan Setiap Sen Yang Di Belanjakan Dengan Emas #1


Pada posting yang lepas saya telah mendedahkan bahawa wang yang kita perolehi hasil titik peluh selama kita bekerja ini sebenarnya adalah wang fiat (iaitu wang yang tidak disandarkan dengan emas).

Ianya langsung tidak bernilai bahkan ianya masih kekal digunakan pun hanya kerana ianya masih diterima oleh para pengguna (kita semua) sebagai medium pertukaran.

Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas.

Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas !!


Caranya?
Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.

Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.

Rasionalnya?
1. Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV LCD, Laptop, Motosikal atau lain-lain)
Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.

Anda hanya perlu maintain upah simpan 6 bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!. 

Contoh:-
Anda bercadang untuk membeli sebuah Notebook untuk anak perempuan anda bagi tujuan pembelajarannya. Harganya RM1,800.00. Jika anda terus beli notebook tersebut maka habislah terus duit yang anda gunakan.Pembelian tersebut juga dibuat ke atas barangan yang  susut dari segi nilainya selepas anda memilikinya. Walaupun ianya pembelian yang baik tetapi dari segi ekonominya ia di anggap sebagai pembelian yang tidak sihat. 

Jadi bagaimana untuk menukarnya kepada pembelian yang sihat. Mudah saja. Sebelum kita buat pembelian terhadap barangan yang susut dari segi nilainya, kita beli dulu barangan yang meningkat dari segi nilainya.

Caranya mudah. Anda beli emas dahulu.

Contoh :-
Anda beli dulu 4 keping Dinar 999.9 Gold Crest Pavilllion (GCP) berat 4,25gm.
Harga sekeping hari ini adalah RM720.00. Anda perlukan RM2,880.00 untuk 4 keping Dinar  tersebut (17gm).
Kemudian anda pajakkan 4 keping Dinar tesebut di Ar Rahnu Agro Bank.
Cara kiraan Agro Bank adalah RM165.80 (*nilai marhun) x 17gm= RM2,818.00.
Anda layak dapat pinjaman cash 65% serta merta RM1832.00 utk 4 keping Dinar tersebut   
(RM458.00 sekeping).
*Nilai marhun berubah ikut nilaian Emas pihak Bank
 

Anda perlu bayar upah simpan RM2,818 x 0.75% = RM21.00 sebulan (RM5.25 sekeping)

Kemudian barulah anda guna wang pinjaman $1832.00 tadi untuk beli notebook.
Bermakna kini anda dapat notebook dan dalam masa yang sama anda ada 4 keping Dinar emas yang kini berada dalam pajak.
Dan anda tahu yang Dinar anda akan terus meningkat dari segi nilainya.
Apabila anda ada duit, anda boleh tebus Dinar tersebut satu persatu.
Ada duit RM458.00 + upah simpan, keluarkan sekeping.
Bulan depan keluarkan lagi sekeping dan seterusnya hingga habis anda tebus.

Katalah dalam masa setahun harga emas naik 25%. 4 tahun 100%.
Pada ketika itu emas anda telah naik 1 kali ganda dari harga anda beli.
Bermakna anda beli notebook tadi  percuma aje. Bijak tak?

No comments:

Post a Comment