Saturday, 30 April 2011

Menggandakan Emas Guna Teknik Ar rahnu


Apakah dia ar rahnu? Secara ringkasnya Ar rahnu ialah pajak gadai Islam. Jika dahulu Ar rahnu tidak banyak seperti yang ada kini. Situasi dahulu, biasanya orang akan memajak emas di kedai-kedai pajak yang dimiliki oleh orang cina. Interest yang dikenakan agak tinggi. Tetapi sekarang kita ada pilihan untuk memajak emas di ar rahnu.
Antara ar rahnu yang ada di Malaysia ialah Ar rahnu Bank Rakyat, Ar rahnu Agrobank, Yapeim,dan Ar rahnu milik kerajaan kelantan yang ada di seluruh negara. Ada juga koperasi yang menawarkan Ar rahnu. Disarankan jika emas Public Gold anda pajak di  Ar rahnu Agrobank, servis yang mesra pelanggan, mudah dan cepat.
Konsep dahulu emas dipajak di waktu kesusahan dan hasilnya digunakan untuk mengatasi masalah kewangan. Sekarang konsep yang sama ditukarkan-hasil pajakan digunakan untuk menambah aset, iaitu membeli emas. Anda juga boleh memajak untuk mendapatkan modal meniaga, membeli rumah dan hartanah.
Baiklah, untuk menggandakan emas kita, perlulah ada emas. Dari sekecil dinar sehinggalah sebesar-besar emas jongkong. Hati-hati jika membeli gold bar 250g kerana mesin densimeter yang ada ar rahnu hanya boleh membaca sehingga 200g atau 0.2kg sahaja. Anda boleh memilih gold bar 100g jika tujuannya untuk memajak.
Ikuti beberapa langkah mudah berikut : (ini hanyalah saranan, anda harus sesuaikan dengan keadaan dan kemampuan kewangan anda)
 1. Beli emas
 2. Kira bajet anda dan lihat kemampuan kewangan anda
 3. Selepas anda mengenal pasti kemampuan kewangan anda, bolehlah anda rancang berapakah jumlah emas yang perlu dipajak. Kelebihan memajak semasa harga emas sedang rendah, anda dapat membeli emas dengan harga yang murah sedikit. Namun anda tak perlu menunggu harga emas murah baru hendak pajak. Boleh dilakukan bila-bila masa.
 4. Pajak emas anda dan hasil pajakan  terus beli emas.Jangan beli hanset baru dan lain-lain benda yang susut nilai pula :) .
 5. Fahamkan surat pajak anda, perhatikan kos upah untuk 6 bulan (bahagikan sebulan berapa ), pinjaman dan tarikh perlu tebus. Anda juga boleh pastikan dengan pegawai ar rahnu sama ada anda boleh memajak dengan kadar rate yang sama atau perlu revalue. Ini penting kerana ada ar rahnu yang revalue surat pajak, ini akan menyebabkan kos upah  dan pinjaman bertambah. Ada orang yang memang suka revalue sebab mereka suka mendapat lebihan wang.
 6. Konsisten dan disiplin. Pastikan jumlah yang diperuntukkan untuk emas/pajak ini anda asingkan setiap bulan. Jika takut terguna, anda boleh membayar setiap bulan di ar rahnu. Tip dari saya, saya sediakan sampul khas untuk menyimpan peruntukkan untuk ar rahnu setiap bulan. Sebagai penyimpan + peniaga, saya tidak menghadapi masalah untuk membayar di ar rahnu. Jika anda penyimpan/pelabur emas, anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan, 2 bulan sekali, 3 bulan sekali, terpulang kepada tahap disiplin anda.
 7. Jika memajak lebih dari satu item, minta pegawai ar rahnu buatkan surat asing-asing. Senang anda hendak menebus nanti.
 8. Jangan dibiarkan emas anda terpenjara lama di ar rahnu. Jika anda mampu tebus awal, ia menjimatkan kos upah dan anda juga dapat mengulang proses ini untuk kali kedua
Kelebihan ar rahnu
 1. Dapat cagarkan emas dan dapat wang tunai dengan segera. Tak perlu buat pinjaman bank dan menghadapi pelbagai kerenah birokrasi (kalau kerja swasta agak susah nak dapatkan pinjaman, kalau kerja kerajaan memang mudah). Orang yang tak kerja pun boleh pinjam, pendek kata asalkan berumur 18 tahun ke atas dan warganegara, boleh buat pinjaman ar rahnu.
 2. Boleh tebus emas bila-bila masa. Boleh tebus awal dan jika cukup tempoh perjanjian, boleh memohon untuk sambung perjanjian. Apa yang penting anda harus bayar upah simpan.
 3. Boleh disesuaikan dengan keadaan kewangan kita. Andaikata kita rancang untuk tebus dalam masa 6 bulan, tetapi ada satu bulan kita ada kecemasan, peruntukkan untuk ar rahnu digunakan, maka kita boleh sambung lagi surat pajak kita sebulan, dan tebus.
 4. Emas kita selamat di ar rahnu. Berbaloi bayar upah simpan. Upah simpan memainkan peranan sama macam zakat, untuk mengembangkan ekonomi orang Islam
 5. Mendapat modal untuk menggandakan emas dan menjana keuntungan
Saya akan memberikan beberapa contoh supaya anda lebih faham. Jika tidak faham, cuba baca berkali-kali. Bagi pelanggan saya, boleh dapatkan rundingan percuma dari saya. Saya bukanlah pakar perunding yang berkelayakan atau diiktiraf,s ekadar ada ilmu yang saya telah praktikkan dan pengalaman.
http://jutawangold.com/teknik-ar-rahnu-manipulasi-emas/menggandakan-emas-guna-teknik-ar-rahnu.html

No comments:

Post a Comment