Friday, 29 April 2011

Renung & Fikir.....

Zaman P. Ramle cerita “Bujang Lapok” air kopi secawan RM0.10 sahaja. Sekarang RM1.00 pun tak cukup beli kopi!
--------------------------------------------------------------------------------------------

dan.... kalau kita baca sejarah, zaman Rasullah seekor kambing bernilai 1 dinar emas dan sekarang juga kita boleh beli seekor kambing juga dengan 1 dinar emas. Fikirkan..

******************************************************************
HANYA DENGAN KADAR KENAIKAN HARGA SETAHUN PURATA 30%
******************************************************************

Disini saya ingin memberi contoh pengiraan emas yang ramai mengatakan ianya menguntungkan pembeli...



We Sell | Bermaksud ” Harga jualan syarikat emas kepada pembeli”

We Buy | Bermaksud “ Harga emas yang dibeli semula oleh syarikat dari pembeli”



Contoh harga kijang emas pada tahun 2010 (10z)



Bulan Januari 2010:

Harga jual (we sell) = RM3902

Harga Beli (we Buy) = RM3669 (Spread) = RM233



Bulan November 2010:

Harga jual (we sell) = RM4592

Harga Beli (we Buy) = RM4415 (Spread) = RM177


Katakan lah kita membeli emas pada bulan januari dengan harga RM3902 dan pada bulan November kita ingin menjualkannya balik kepada ejen tersebut. Harga yang dibayar adalah sebanyak RM 4415. Kita dapat keuntungan besar iaitu RM513.00..Apa lagi tesenyum kambing la kita..untung besar la katakan……Cuba anda beli pulak emas untuk kali kedua pada masa yang sama…takpun sebulan lepas tu…Berapa anda kena bayar untuk beli emas kali ni… Sudah tentu RM4592.( Kena ikut harga We sell).Tadi anda jual emas anda dapat RM4415. Sekarang anda kena tambah RM177 untuk beli emas baru ....



Sekarang adakah anda untung?…..tak kan…… Pada saya yang untung Tokei emas dan ejen je…..kita pembeli taknye….



Kalau anda terfikir tentang ini;



Cuba anda fikirkan tentang hartanah..sama jugak macam jual beli rumah...kalau beli rumah 10 tahun dulu rm200k, sekarang jual dapat rm400k..dah untung lah rm200k...lepas tu beli lagi rumah lain, harga lebih kurang camtu gak...sebab waktu tu, harga rumah dah naik. Jadi sama tak emas dan hartanah?.


satu benda paling penting kena ingat;

Ini bukan masalah untungkan tokey emas atau DEALER… tapi ini berkenaan ambil kesempatan diatas peluang yang ada… SIMPANAN ANDA ADALAH DUIT ANDA, bukannya esok nilai emas naik MAKA DUIT TUH DAPAT KAT SAYA. Dari anda simpan ASB, untuk 10 tahun lagi… wang anda dengan dividen ASB, kos sara hidup meningkat. Jadi dari ASB kenapa tidak emas sedangkan kita tahu harga emas naik berganda-ganda. Itu sahaja, kenapa peduli siapa buat untung kerana yang penting anda ambil kesempatan ini.


 http://pondokburok.tripod.com/dinar/analisa.html

No comments:

Post a Comment