Ramai orang percaya serangan ke atas Libya bertujuan melindungi keselamatan orang awam yang terancam, ada juga berpendapat ianya berkaitan minyak, tetapi terdapat ramai orang percaya campurtangan dan serangan udara Amerika Syarikat dan sekutu NATO ke atas Libya adalah kerana rancangan Muammar Gaddafi untuk memperkenalkan Dinar Emas, sebagai matawang tunggal Afrika, di mana kekayaan sebenar dapat di kongsi oleh semua orang.
"Ianya adalah perancangan yang perlu di dilaksanakan secara rahsia. Kerana sebaik anda berkata untuk bertukar daripada penggunaan matawang US Dollar kepada sesuatu yang lain, anda pastinya akan menjadi sasaran mereka." kata Pengasas Kementerian Keamanan Dr James Thring. " Terdapat 2 seminar pada tahun 1986 dan 2000 yang dianjur dan digerakkan Gaddafi membincangkan perkara ini. Semua orang dilihat amat berminat mengenainya, kebanyakkan negara Afrika memberi komitment mereka.
Gaddafi tidak pernah berputus asa, beberapa bulan sebelum campurtangan ketenteraan asing, beliau memanggil wakil dari negara Afrika dan negara-negara Islam untuk bersatu melaksanakan rancangan memperkenalkan Dinar yang bakal memberi saingan kepada matawang Dollar dan Euro. Mereka akan menjual minyak dan sumber lain kepada dunia hanya dengan transaksi Dinar Emas.
Ianya adalah idea yang bakal memindahkan keseimbangan ekonomi dunia dari kuasa besar Amerika Syarikat.
Kekayaan sesebuah negara bergantung kepada berapa banyak emas yang ia miliki dan bukannya berapa banyak matawang US Dollar yang mereka dagangkan. Dan Libya memiliki 144 tan.emas. Negara United Kingdom misalnya, memiliki 2 kali ganda tan emas dari Libya, tetapi dengan populasi penduduk yang 10 kali ganda.
"Jika Gaddafi berhasrat untuk cuba menilai semula harga (re-price) minyak negaranya atau apa jua sumber yang beliau ada termasuk gas yang dijual oleh Libya kepada pasaran Global Dunia dengan menerima sesuatu yang lain sebagai matawang atau mungkin melancarkan Dinar Emas sebagai matawang , tindakan sebegini sudah tentu tidak akan di alu-alukan malah bakal ditentang habis-habisan oleh negara kuasa besar elit dunia yang selama ini bertanggungjawab mengawal Bank Pusat Dunia", Kata Encik Anthony Wile, Pengasas dan Ketua Penerbit majalah Daily Bell.
"Jadi memang benar, ianya adalah faktor sebenar kenapa Gaddafi perlu dijatuhkan segera.
Amerika dan sekutunya perlu mencipta sebab lain untuk di reka dan diketengahkan bagi mengaburi masyarakat dunia dalam usaha menurunkan Gaddafi dari kuasanya.
Kerana ianya pernah terjadi sebelum ini.
Pada tahun 2000, Sadam Hussein mengumumkan minyak Iraq hanya akan didagangkan menggunakan matawang Euro dan bukan lagi US Dollar. Sebilangan orang berpendapat sekatan ekonomi yang dikenakan dan disusuli dengan penakhlukan negara tersebut berlaku kerana Amerika Syarikat terdesak untuk menghalang Pertubuhan Minyak Sedunia (OPEC) memindahkan transaksi dagangan minyak di kalangan negara ahlinya kepada matawang Euro.
Dinar Emas akan memberi kesan serius kepada sistem kewangan antarabangsa di seluruh dunia dan bakal memberikan lebih kuasa kepada masyarakat di Afrika, sesuatu yang akan dielakkan oleh Amerika Syarikat dengan apa cara sekalipun, kata aktivis kulit hitam Amerika.
"Kerajaan Amerika Syarikat telah menafikan banyak hak masyarakat kulit hitam Afrika di dalam negara, jadi kita tidak akan terkejut dengan apa jua tindakan Amerika untuk menafikan kepentingan masyarakat Afrika di Benua tersebut," kata Cynthia Ann McKinney, bekas ahli kongress wanita Amerika Syarikat.
Rizab Emas milik Kerajaan United Kingdom di simpan selamat dalam bilik kebal di Bank Of England. Di kebanyakkan negara membangun dan miskin lain, keadaan yang sama tidak berlaku kerana faktor ekonomi.
Tetapi di negara seperti Libya dan negara Teluk lain, ianya bukan satu masalah,
Dinar Emas bakal menyebabkan negara kaya minyak diAfrika dan Timur Tengah kuasa yang luas untuk mendominasi ekonomi dan menguasai pelanggan mereka yang sentiasa dahagakan minyak dan tenaga untuk keperluan industri terutamanya negara kuasa besar dunia dengan berkata.
" Maaf , harga telah naik, dan kami hanya terima emas sebagai transaksi
("Sorry, the price has gone up, and we want gold" )
Amerika Syarikat dan sekutu NATO nya sudah tentu tidak sanggup dan membenarkan perkara ini berlaku walau apa pun jua kosnya.
No comments:
Post a Comment