Tuesday, 10 May 2011

Tips : Sandarkan Setiap Sen Yang Di Belanjakan Dengan Emas #3

Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas !!

3. Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)
Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya.

Apakah pelaburan hartanah tiada risiko?
Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!


Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!

Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan seperti peristiwa 9/11 contohnya, jika anda mempunyai hartanah di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas sebanyak 9% dan perak 11% pada hari itu!!

Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan anda.

Katalah anda mula menyimpan Dinar Emas pada usia 30 tahun. agak2 masa pencen esok 28 tahun dari sekarang berapa banyak agaknya emas anda dan berapakah nilainya pada ketika itu? Cara yang sama anda boleh gunakan untuk perbelanjaan perkahwinan anak, anak masuk Universiti, pergi Umrah dan Haji, langsaikan hutang rumah dan sebagainya.
Pendekata anda tak perlukan pinjaman riba' Bank lagi.

“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakan untuk (memerdekakan) hamba sahaya, dinar yang engkau belanjakan  kepada orang miskin, dan dinar yang engkau belnjakan untuk keluarga, yang paling utama di antara semua itu adalah dinar yang engkau  belanjakan kepada keluargamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment