Tuesday, 10 May 2011

Mulakan Sekarang…!!! Simpan, Labur dan Niaga…. Peluang Dah Terbuka...

HARGA EMAS DAH TURUN!!!!!!…. he..he..he…... aaa betul harga emas dah turun…
Tak percaya???? ok kita tengok harga emas public gold…
 
Dah turunnnnnn…… tapi tentu anda ada tanya …   kenapa harga emas boleh turun..??? sedangkan sebelum nie. dah cecah tinggi kalau 20gram tahun lepas dah cecah RM3200… tapi sekarang boleh jatuh …  terjun serendah RM3084…  beza harga RM200 tue….  anda tentu mula rasa… 
"aku dah rugi beli emas…  hari tue beli RM3145….  sekarang dah turun …..  rugi…  rugi…  rugi…..!!!" 
he..he..he..he….  relax.... relax…..  jika anda terfikir begitu…  bermakna anda belum faham mengenai pelabaran emas…  tapi jangan risau.... Jom kita kongsi maklumat bersama.

ok harga emas sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa pekara….

pemintaan dan penawaran

Penurunan nilai matawang Dollar Euro (matawang dunia) Tukaran wang asing, diantara USD vs MYR sebab kita beli dengan ringgit

keadaan ekonomi dunia

keadaan keamanan dan ketenteraman dunia 

kenaikkan harga minyak dan lain-lain…

tapi yang diatas adalah beberapa faktor utama ok.... semua orang tahu.. keadaan ekonomi dunia semakin meruncing… dan kejatuhan nilai dollar dan Euro adalah penyebab utama... sebab semua urusniaga mengunakan dollar dan di Eropah mengunakan Euro…  jadi apabila orang dah risau dengan keadaan ini… orang yang menjadi pelabur-pelabur beralih kepada emas dan perak… serta orang yang kaya raya mula menukarkan wang kertas, bon-bon dan surat jaminan kepada emas..

kenapa nilai dollar boleh turun? sebabnya apabila wang kertas dicetak terlalu banyak…  jadi susut la nilainya.. sebab tue… musuh utama wang kertas adalah inflasi… jadi tak kiralah anda simpan banyak mana dalam bank anda.. 1juta ke… 200k ke ataupun 20k…. jika dimakan inflasi susut simpanan anda…. tapikan ada orang tanya…. betul ke…. kenapa dalam bank saya masih ada 200k jugak… tak kurang pun?.. he.. he.. he.. betul… tapi adakah 200k sekarang boleh beli barang sama macam dulu? perasankah anda.. bila anda pie shopping di giant, tesko atau mana-2 shopping complex.. bila anda bawa RM100 sahaja… sekarang nie berapa sangatlah barang yang boleh dibeli… bila anda bayar…pastu anda cakap.. apasal mahal sangat barang sekarang nie… haaa… itulah jawapannya…. harga barang naik…

sebenarnya barang adalah sama…. dulu telur ayam diluar kulit warna kuning tanah, isi didalam warna putih dan isi tengah warna kuning…. dahulu kini dan insyaallah akan sama… kecualilah anda cucuk warna lain.. he.. he.. he… tapi tetap sama… telur ayam jugak… tapi mahal.. mahal adalah nilainya, apabila nilainya tinggi.. harganya akan naik… apabila harga naik… kita perlukan wang kertas yang lebih untuk beli…. inilah inflasi…. dan inilah yang dikatakan nilai matawang jatuh…. sebab dimakan inflasi…  

sebab tue kita kena faham apa itu wang kertas… apa peranan wang kertas…. nak tahu?

ok kita kongsi sama tentang wang kertas ni….
wang kertas:- dihasilkan bertujuan dijadikan medium petukaran sahaja, supaya urusan jual beli dan perkhidmatan menjadi lebih mudah.. bukan untuk menjadi penyimpan nilai….’

tapi kenapa kita simpan wang jugak? asalnya untuk kita mudah dah selamat disimpan…maksud selamat.. selamat dari dicuri orang.. ini kerana kita dibayar gaji dan perkhidmatan kita dalam wang kertas… jadi kita hargai wang yang kita perolehi itu.. sebab tue kita anggap ia bernilai.. sedangkan ianya cuma alat untuk menjadi pengantara sahaja… dulu wang kertas disandarkan dengan emas…. jadi jika anda ada wang kertas RM10… boleh tukar dengan emas…. tukar tau.. bukan beli… tak percaya… pergi la bank negara…. bawa RM10 tunjuk kan pegawai BNM… cakap saya nak emas nilai RM10… dia boleh bagi apa? dia halau buta saja.. he.. he.. he… sebab tue wang kertas bukan penyimpan yang baik… jadi apa yang boleh menjadi penyimpan nilai?
barang keperluan, minyak, gandum, beras, telur dan lain-lain… boleh menjadi penyimpan nilai… tapi kisahnya… kita nak simpan bukan setahun.. tetapi jangka panjang… semua barangan keperluan ada tarikh luput.. dimakan usia…jadi kena ada satu barang yang tahan lama… jadi jawapannya emas lah…. emas dulu sampai sekarang masih lagi emas… jadi emaslah yang diangap penyimpan kekayaan yg sebenar… dan harganya jugak sentiasa naik….. tetapi kenapa ianya turun sekarang? he.. he.. he.. ok.. sebenarnya harga emas dunia bukan merujuk kepada pasaran emas di malaysia… kita beli saja guna ringgit malaysia… tapi harga emas merujuk kepada pasaran di barat…… tren ini berlaku setiap tahun… baik... mari kita lihat 2 tahun lepas… tahun 2010 dan tahun 2009
 
Gratf Tahun 2009…cuba lihat pada awal tahun dari Jan-March
 
Graft Tahun 2010.. cuba lihat pada awal tahun jugak dari Jan-March
setiap kali awal tahun… jika kita lihat trend harga emas.. pada awal tahun mesti dia turun…pastu akan naik sedikit… raya cina punya pasal…. kemudian akan naik tinggi pada bulan Mei dan Jun…. dan akan turun semula… pastu menjelang bulan Ogos sahaja mula naik…jadi jangan la risau jika anda beli emas tahun lepas dan sekarang turun… sabar.. inikan pelaburan… apabila harga emas jatuh …. inilah peluang kepada kita.. bagi yang dah ada emas.. masa nielah kita tambah emas… kalau duit tak cukup.. apa susah.. pergi saja pajak…dapat cash.. tambah sikit duit kita beli emas baru… ini teknik Arrahnu.. he.. he.. he.. bulan-bulan bayar kepada arrahnu kerana kita pinjam duit dari mereka.. arrahnu pulak tiada interest… dan yang bestnya boleh bayar suka hati.. dan nilainya tak tetap.. dalam masa 6 bulan… tak boleh selesai 6 bulan.. sambung lagi 3 bulan... tak leh gak sambung 2 bulan. Pusing je.… kan best..
Kalau Bank jangan harap bleh buat…. ini kelebihan orang yang ada emas…. bagi yang belum mula.. sekarang nie kira cantik untuk beli emas… cari saja barang kemas yang ada… pajak saja.. atau beli bayar 4 kali.. apa susah… nak tahu call la… kalau tak call mana nak tahu… kita bual-bual... ngeteh.... he..he...
ok sekarang nie harga emas rendah… jadi pelabur-pelabur baru nie baru nak belajar nak melabur.. jadi diorang beli sikit… bila dah habis cuti.. pelabur-pelabur baru masuk.. haaa... mulalah nak melabur.. boleh la tengok harga emas macam ombak.. naik-turun surut dan pasang… he... he... he... emas… komoditi lah katakan… sebab tue kalau kita nak betul-betul main emas… kita kena ada ilmu…

nie saya nak kongsi artikal dari blog jutawanemas.com





First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).
Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas.
Contohnya ialah:
i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)


Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan.
Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik. Inilah dia pelan tindakan anda.

Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:

Tindakan pertama :
Mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.

Tindakan kedua :
Beli emas secara konsisten.

Tindakan ketiga :
Menyimpan sambil meniaga emas. (boleh contact saya)

Tindakan pertama:
Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!!!
Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik. Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.

Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.

Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal

 

sentiasa naikkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!….

Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.

Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.
Jadi ambil tindakan sekarang!!
 
Langkah pertama adalah amat penting….

Tindakan kedua:
Beli emas secara konsisten. Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap 3 bulan.
Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.

Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.
Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik pemurataan kos, saya akan berikan anda satu contoh:

Andaian 1:
Anda telah memulakan pelaburan emas daripada tahun 2006 sehingga tahun 2009.

Andaian 2:
Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.
(anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia)
di laman web:
 
Daripada jadual diatas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas daripada tahun 2006 – 2009, jumlahnya ialah RM23,257 dan anda mempunyai 16 keping Kijang Emas.

Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1453 setiap satu.

Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 16 keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah:
(RM2027 – RM1453) x 16 keping = RM9184.00

Ini adalah keuntungan sebanyak 39.49%

Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.

p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas tersebut.

Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli pada 1/12/2009 itu belum untung lagi.

Jadi kepada anda semua diluar sana… jangan lepaskan peluang ini.. beli sekarang…. beli dan simpan emas.. tapi berhati-hati jangan terlalu gila-gila sampai boleh ditipu oleh orang yang nak ambil kesempatan… ingat beli emas ikut harga semasa dan murah…. jadikan harga kedai-kedai emas besar sebagai sandaran…. jangan beli emas lebih mahal dari harga emas di kedai emas… nak emas murah call saya… murah tak la murah sangat.. sebab emas mahal dari harga saya beli dulu.. he.. he.. he… ok ini harga kedai emas
 
ini linknya:-
http://fgjam.org.my/http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

kebanyakkan kedai-kedai emas besar mengunakan harga ini seperti habib, pohkong, tomei, whah chan dan lain-lain…. semua ikut harga ini… jadi.. jangan beli emas lebih mahal dari harga ini… bukannya apa takut rasa menyesal nanti..

No comments:

Post a Comment