Tuesday, 10 May 2011

‘Mesin cetak duit’ Pakcik Sam.. Sudin, Sudin...






Tindakan ‘mesin cetak duit’ Pakcik Sam mencetak wang dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa sebarang kawalan menyebabkan nilai dolar meyusut ke paras yang kritikal lagi membimbangkan. Paling mengejutkan ‘mesin’ tersebut mencetak wang dengan kehendaknya sendiri tanpa mendapatkan persetujuan kerajaan mahupun presiden Pakcik Sam sendiri.
Yang paling melucukan ialah.. dalam sibuk2 mencetak wang kertas dengan jumlah yang banyak, ‘mesin’ tu sempat lagi mengumpulkan bertan-tan emas sebagai rizab simpanannya... hahaha sungguh cerdik dan licik ‘mesin’ itu.. ‘pandainyaaaa pakcik Sam’ siap ada mesin 2 dalam 1 lagi.. (pandainyaaaa 4 tahun laa) macam iklan pulak hahaha.. tak caya cuba tengok carta penyimpan emas terbesar dunia kat bawah nie.. sape yg menduduki puncak tertinggi gunung everest.. eh silap takhta liga.. sekali dah mcm EPL laaa pulak hehehe...



Hairan pelik bin Ajaib?? Bukankah wang kertas tidak lagi bersandarkan pada nilai emas sejak tahun 1971.. seperti ada yg tidak kena.. kan? kan? kan? Mcm ada something wrong some where pulak kan.. hahaha...


Kenapa beriya2 benar ‘mesin’ tu mengumpulkan emas???.. pada masa yang sama, boleh pulak cetak duit sesuka hati dia.. walhal jumlah dan nilai emas yang disimpan tu tak sama pun dengan jumlah dan nilai duit kertas yg dia orang cetak tuu..

PERHATIAN!
Rasa kelakar dan gelihati sampai ketawa terbahak2 tadi sekarang boleh bertukar menjadi kelakar seram sekiranya perkara tersebut diperhalusi dan difahami secara terperinci.

Sama ke jumlah wang dalam kedua2 gambar nie???
Kalau anda bijak bestari yang mana satu pilihan anda??
What say U???

Perlu diingat.. mencetak wang kertas dollar dengan jumlah yang banyak akan memberikan tekanan pada nilai dollar itu sendiri. Tindakan tersebut boleh menyebabkannya lemah dan susut nilai, sekaligus meningkatkan inflasi. Namun secara tidak langsung tindakan itu merupakan satu langkah positif untuk emas sekaligus mendesak dan meningkatkan permintaan terhadap emas.

So yg untung tak lain tak bukan mereka dan keluarga mereka jugak hahaha... maksud aku ‘mesin cetak duit’ tu tadi... Bila permintaan terhadap emas tinggi maka harganya juga akan meningkat.. agak2 dia org nak ke jual emas dia org tuu pada negara2 lain.. jawapannya KIRIM SALAM TERAKHIR LAAA.. dia org akan simpan, simpan dan simpan lagi sampai abis semua emas dlm dunia nie jadi milik dia org huhuhuhu.. licikkan?? Kebijaksanaan ‘mesin cetak duit’ tu tadi lebih terserlah apabila dia org melambakkan duit2 yg telah banyak dicetak tadi keluar dari rumah mereka untuk pergi ke rumah2 org lain.


Nak tau tak ke mana duit2 tu pergi dan ia digunakan untuk apa??? Ia akan pergi ke negara2 yg mempunyai byk sumber2 asli spt gas dan petroleum, serta galian2 di dalam perut bumi yg berharga seperti bijih besi, bijih timah, emas, Perak, berlian, palladium dan mcm2 lagi laa.. semua galian2 berharga tu dibeli secara PERCUMA dgn duit fiat tuu.. dia org main cetak suka hati mak bapak dia org je duit tuu sedangkan ianya tak bernilai atau berharga pun kalau nak dibandingkan dengan sumber galian yg berharga tadi. Sebab tulaa aku kata PERCUMA.. percuma maknanya murah dan rendah nilainya.. ianya hanya layak dijadikan wall paper atau paling rendah martabatnya pun boleh jadi tisu tandas.. silap2 boleh jadi bahan bakar mcm yang terjadi kepada duit Jerman pada tahun 1923 - 1924 dulu.


Dulu nilai usd merupakan sandaran ‘kukuh’.. hampir seluruh negara yg berurus niaga dengan mereka menjadikannya sebagai rizab simpanan. Tapi lama kelamaan lepas abis semua khazanah perut bumi dikaut maka tinggallah terapung-apung duit tu td terkapar2 mengejar nilainya yg semakin susut dan nazak melawan serangan inflasi di negara2 yg menjual khazanah perut bumi mereka tadi. Dollar yg berlegar2 di luar us boleh diumpamakan seperti bom jangka yg bakal meletup bila2 masa saja.. Pakcik Buffet pernah berkata,


"We view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the
economic system."


Kami melihatnya sebagai BOM JANGKA, bagi pihak yang berurusan dengannya dan sistem ekonomi.

Dihadapan kita Pak Cik Buffet kata emas adalah duit yang digunakan pada zaman batu' Barbarian". Dia tak paham kenapa ramai org minat kat logam di ceruk tanah afrika tu. Tapi dibelakang kita dia yang byk simpan emas & perak. Tgk mcamana org mcm ni membodohkan kita.


Hampeh betul statement tuu..kan???


'For the parties that deal in them', bermaksud negara2 yg berurusniaga dengan us.. us pakai duit ape?? Sudah tentu usd..


'Economic system' merujuk kepada sistem perdagangan yg menjadikan usd sbg sandaran. Harus diingat kebanyakan negara di dunia berurus niaga dgn us dan menjadikan usd sebagai sandaran dan rizab simpanan utama.


Sekarang usd semakin goyah dan lemah nilainya.. bayangkan klu sistem kewangan yg bersandarkan usd nie hancur runtuh, alamatnya satu impak besar seperti teori domino pasti akan berlaku.. apabila satu jatuh, abis semua ikut tumbang jatuh tergolek sekali...



Tanda2 kiamat.. oppss!!
Tanda2 terhadap kenyataan itu sudah semakin kelihatan sekarang.. jadi bermulalah dari sekarang untuk menyimpan emas. SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT..
klu tak dapat nak beli emas yang besar, beli emas yg kecik dulu pun jadilah..
BIAR KECIL ASAL BERHASIL :)
Pokok pangkalnya kena ada simpanan.. simpan dan kumpul dulu duit anda, kemudian tukarkan duit tu dengan wang emas..
MASA ITU EMAS.. sebab emas yg disimpan sejak 10 tahun dulu kini nilainya dah pun berganda2.. justeru fikir2kan laaa..


1 KILO EMAS bermula dengan PEMBELIAN yang PERTAMA..
masanya telah tiba, mulakan PEMBELIAN EMAS ANDA sekarang juga..
Biar kecil asal berhasil, sikit2 lama2 jadi 1 KILOBAR :)

The time has come... SO BE IT!!!

No comments:

Post a Comment